15 March 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah semuanya kembali seperti sedia kala selepas Emergency leave semalam... manakan tdk, apabila hati seorang ibu diuji dgn kesihatan anak-anak.

Sabtu (12/3/11)
Anak kedua saya faiq batuk x berhenti... mcm semput pon ade, saya mengajak en. hubby ke klinik di Alam Budiman. Disana doc memberitahu faiq mungkin kena serangan asthma. Doc bagi nebulizers utk meredakannya. Alhamdulillah keesokkan harinya batuknya berkurangan dan pernafasannya seperti sedia kala.

Ahad (13/3/11)
Anak bongsu saya raif pula perutnya turun naik dgn laju dan merengek2. Pukul 3 ptg saya mengajak en. hubby ke klinik utk pemeriksaan doc. Doc memberi jawapan yg sama, mungkin serangan asthma. Selepas di beri neb dan ubat kami pulang ke rumah. Petangnya sekali lagi perutnya turun naik dgn laju, dan kelihatan hidungnya sedikit tersumbat, terus saya menelefon doc & doc menyuruh kami membawanya ke klinik utk diperiksa. Selepas solat maghrib sekali lagi saya mengajak en. hubby ke klinik dan sekali lagi diberi neb. Pulang ke rumah saya tidurkannya. Malam tuh saya tidur tdk lena, sekejap2 bangun melihat keadaannya... pukul 5 pagi tgk keadaannya kembali seperti semalam... terus saya mengajak en. hubby bersiap2 utk ke hospital... Selepas solat subuh kami terus ke hospital.

Isnin (14/3/11)
Sampai saje di hospital, kelihatan raif sudah tenang dan normal semula. Doc menyarankan kami utk mengambil darah serta membuat ujian x-ray paru-paru. Dari penjelasan doc asthma, kuman diparu2, tonsil, demam yg tinggi akan menyebabkan kanak2 susah utk bernafas... utk memastikan yg mana satu, kami perlu membuat pemeriksaan lebih lanjut. Mendengar doc utk membuat x-ray keatas budak sekecilnya, berbagai persoalan dan perasaan mercampur baur didlm hati. x bahyakah?... bolehkah?... terus saya bertanyakan kepada sepupu saya yg juga seorang doc di hospital tersebut... mendegar penjelasannya yg positif saya bersetuju utk membuat x-ray... setalah keputusan darah & x-ray keluar kami dipanggil semula... Alhamdulillah pemeriksaan darah & x-ray normal dan mengikut keterangan doc mungkin ini adalah permulaan utk serangan asthma kerana sejarah keluarga emak, kakak & adik saya mempunyai asthma. Doc juga membekalkan inhaler utk digunakan selama seminggu sehingga appoiment minggu hadapan. 

Selasa (15/3/11)
Alhamdulillah kedua2 anak sudah pulih seperti sediakala. Bibie saya tdk hantar kesekolah sehingga next week... bibie saya tinggalkan di rumah babysitter...

pesanan utk anak-anak mama :

1) tolong jgn minum ice.
2) tolang jgn main kotor.
3) tlg basuh tgn sebelum mkn.
4) tlg jaga kebersihan.
5) tlg jgn mengutip makanan yg jatuh.
6) tlg jgn isap botol susu kosong
7) tlg jgn halakan aircond & kipas ke hidung

itu semua punca serangan asthma... tahukah macam mana perasaan mama jika salah seorang anak mama x sihat. Tlg jaga diri sendiri utk mama... mama luv you all...

YA ALLAH peliharalah dan lindungi keluarga kami dari perkara2 yg tidak diingini dan gantikannya dgn perkara yg lebih baik...Amin...


* hari nie saya pening dan rasa mengantuk yg amat sgt di opis... rasa2 bos masuk x... klu bos x masuk jap agi nak tido kejap...bole x?...hihihi

11 March 2011

Aku, Dia & Sonata (Part 3)

Day 4

Di Gimpo airport, bas telah bersiap sedia menunggu kami untuk terus di bawa keeeeeeeeee...Nami Island... Cuaca ketika menjejaki di Seoul hanya -4 celcius, tetapi angin yg kuat tdk mengizin saya utk berjalan-jalan diluar airport utk bergambar. Perjalanan ke Nami Island menggambil masa yg agak lama, lebih kurang 3 jam utk sampai ke sana... jadi dlm perjalan kami semua tido sepuas-puasnya kerana jadual yg pack beberapa hari yg lepas.

Masuk hari ke4 tanda2 salji mahu turun masih belum kelihatan... mengikut penduduk di Seoul, salji sudah mula berhenti 2 minggu yg lepas... hampa seketika mendengar jawapan tersebut. Namun didalam hati sentiasa berdoa agar Allah s.w.t bertemukan dengan salji w/pon seketika cuma...

Sepanjang perjalan ke Nami Island kanan kiri dipenuhi salji yg mungkin menunggu masa utk cair... kami dipahamkan pada bln Dec & Jan kesejukan di bumi Korea mencapai keparas -20 celcius... disebabkan kesejukan yg tinggi banyak tasik2 yg menjadi beku...

Tasik yg membeku

Berhenti di tepi jln untuk bergambar


Nami Island - Haa... sapa yg x tau tpt nie angkat tangan....rasanya smua dah tau, Pulau Nami yg terkenal dalam drama korea Winter Sonata. Kami ke sana dgn menaiki feri lebih kurang dlm 10 minit sahaja. Ketika didlm feri saya membayangkan Pulau Nami dilitupi dgn salji...alaaa mcm dlm cerita winter sonata tuuuuuuu.... tapi sekali lagi hampa..... sebab..... jom layan gamba...

kerana Pulau Nami tiada salji...huhuhu...salji telah cair

Pulau Nami berlatar belakangkan tasik

Entrace Pulau Nami

Sungai beku...

x sah klu x bergambar disini

bersama rakan-rakan
Selamat Datang

Selepas puas berjalan di Nami Island... kami berkumpul semula dimana bas telah bersiap sedia menunggu kami utk ke perhentian seterusnnya... sepatutnya kami akan dibawa ke Daepohaeng Fish Market, namun keadaan dan masa yg tidak mengizinkan, kami telah dibawa ke Teddy Bear Farm. Melihatkan salji masih tebal dikiri kanan, saya bertanya kpd en. hubby... dptkah kami peluang merasa salji yg turun dr langit???... namun en. hubby optimis mengatakan... insyallah klu diberi peluang kita akan merasa dan jgn lupa berdoa bersungguh2... ya... saya masih lagi mengharap dan berharap dpt merasa salji yg turun dr langit..... w/pon ade yg mengatakan salji sudah berhenti... pada saya dan saya yakin apa-apa bole terjadi jika dgn izin Allah s.w.t... dannnnnnnnnnnnnnn ... ye............... inilah yg di katakan rezeki...... setibanya di Teddy Bear Farm kami mendegar kekecohan yg berlaku di bawah seturunnya dr bas... saya dgn pantas menarik en. hubby turun.........Alhamdulillah kami diberi rezeki utk melihat salji yg sebenar turun meliputi bumi... syahdunya ketika itu melihat kesucian salji tersebut...

Artwork dr en. hubby...
x heren langsung dgn bear yg besar didlm kedai

Salji yg jatuh bagaikan mutiara dan melayang seperti kapas...
namun halusnya lembut tdk dpt digambarkan...

Teddy Bear Farm - Di sini mempunyai berbagai jenis dan saiz teddy bear. Para penggemar teddy bear akan geram melihatnya, lebih2 lagi apabila dipakaikan pakaian mengikut citarasa pembeli... oleh kerana saya bkn la penggemar bear mmg saya x heran la kan...soooooooo byk menghabiskan masa diluar dgn bermain salji... rasanya2 smua org dah x heran dgn bear2 tersebut... kerana terganggu dgn turunnya salji...hahaha................... sehingga la adik saya marahkan saya dan bertanya kenapa tidak membeli teddy bear........ baru saya teringat yg saya ada pergi kesana... tapi sibuk mengambil gambo dgn snow.... hahaha
jom layan gambo.....

Sebenarnya geli nak pegang...hahaha

en. hubby dipaksa menggambil gambar

x nak pegang lagi dah... sayakan penggeli...



Tepat pd masa yg ditetapkan tour guide meminta kami utk naik semula kedlm bas... tp kami melambat2kan masa...sehingga kena marah...hahaha... x tahu adakah akan bertemu salji di lain hari... selepas dipaksa naik ke dlm bas, kami dihantar ke Mt. Soraksan Hotel utk bermalam selama sehari kerana kami akan bermalam di Oak Valley Hotel keesokkan harinya...



Suasana malam di hotel...

* Hotel-hotel yg kami duduk semuanya bersih dan kemas dan Alhamdulillah tidur mlm kami nyenyak tanpa sebarang gangguan...


To be continue


09 March 2011

Aku, Dia & Sonata (Part 2)

Setibanya di Incheon Airport lebih kurang jam 7.00 pagi waktu Seoul. Turun sahaja dr flight dah terasa kesejukan yg x terhingga, terus tour guide mengarahkan kami menukar baju sebelum keluar ke imigresen... di sana kami diarahkan untuk memakai 4 lapis baju iaitu... long john, sweater, wool sweater & down jacket... bayangkan la sebelum nie pakai sehelai baju, tetiba kena pakai 4 lapis... berat ooooooo...

Selepas membuat pemeriksaan Imigresen, kami terus keluar utk bertemu dgn tour guide dr Seoul pula... exited jgn ckp la kan, bila bercakap asap keluar dr mulut...hahaha, mcm jakun pon ada... semasa kami sampai disana, suhu mencecah -5 celcius. Selepas settle smuanya kami dibawa tempat yg utama dimana tujuan kami kesana...

Dari pagi sehingga ke ptg tdk ada apa yg menarik hendak diceritakan sehingga la ptg itu kami diterbangkan ke Jeju Island melalui Gimpo Airport. Dari Gimpo Airport menggambil masa 1 jam utk sampai ke Jeju Island. Semasa dlm penerbangan perasaan cemas menyelumbungi diri kerana.......... mungkin keadaan sejuk yg berkabus waktu itu, menyukarkan pilot melihat landasan untuk mendarat. Masa itu hanya Allah yg tau betapa risaunya hati... manakan tidak kapal tersebut berulang kali turun ...tetapi naik semula... turun ...naik semula...sehingga beberapa kali...tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya juga untuk mendarat. Sesampai sahaja disana kami terus dihantar ke Sam Hae In Hotel untuk berehat dan mambuat persediaan untuk keesokkan harinya. Sampai sahaja ke hotel,barang pertama yg saya akan cari adalah line internet... namun hampa kerana tdk ada line mahu pon wifi.........nagis......... kesian anak2 saya tgh menuggu saya membuat video call... akhirnya tidur dgn hati yg kecewa....huhuhu


Pic gedik dihadapan Hotel Sam Hae In
Keesokkan harinya, seawal 7.30 pagi kami sudah diarahkan untuk berkumpul di lobi hotel utk menyambung semula tujuan utama kami kesana. Tidak sabar rasanya utk menunggu esok harinya, kerana esok dan hari2 seterusnya kami akan di bawa berjalan menjelajahi Korea. Hari ke2 masih dibawah suhu -5 celcius.
------------------------------------

 
Yeeeehaaaaa...hari yg ditunggu2 telah tiba untuk jaaaalannnnn-jalan. Untuk memendekkan cerita, jom layan kemana kami dibawa dan apa yg ada disana. Suhu pada hari ini mencecah paras separa beku -7 celcius...

Yongduam Rock - Salah satu gunung berapi batu yang tercipta dari letusan sekitar dua juta tahun yang lalu, ia kelihatan seperti naga menderu dari laut naik ke langit. Disini lagi mmg2 kami x tahan dgn kesejukannya tambahan pula ditepi laut. Rata2 yg turun hanya semata2 utk menggambil gambar lebih kurang dlm 10 minit then trus lari naik keatas... x tahan dgn kesejukannya.

Keindahan membelakangkan laut...

Mafla sentiasa menutupi hidung... kerana terasa kebekuan disekitar hidung & pipi

Pemandagan sebenar Youngduam Rock dari atas

Seongsan Ilchulbong Sunrise Peak - Salah satu dari 360 gunung berapi parasit, kawah terbesar di dunia di pantai laut, di mana kita boleh melihat keindahan alam sekitarnya. Disini terdiri beberapa tingkat, tapi saya hanya sampai ke tingkat satu sahaja kerana kesejukan masih lagi -7 dimana kaki dah tangan mula rasa terasa sejuk kebas...hidung sudah mula tersumbat plus badan menggigil menahan kesejukan sehingga tidak mampu utk tersenyum lagi...





sekali lagi bergamba npk mata sahaja...

Seongeup Folk Village - Perkampungan serta rumah tradisi org2 korea yg masih tinggal di pulau itu dan masih mengekalkan rumah lama berdinding batu dan beratap jerami. Haaa... yg kat sini x ade gambar sebab saya x turun, masa nie angin kuat sgt...mmg badan saya x bole tahan...alih2 saya & en. hubby naik bas semula dan .................... tido, sementara menunggu yg lain...hihihi... bermula di sini perot dah mula memulas......dan bermula la era cirit birit.......


Oedolgae - Sebuah 'outcropping'  yg dibentuk dari  letusan gunung berapi 1.5 juta tahun yang lalu.


dah  x mampu nak senyum dok menahan sakit perut.


Cheonjiyeon Waterfall - Dimana air terjun mengalir ke laut melalui kolam-kolam kecil

Air terjun

Kolam-kolam kecil



Hot Air Ballon Rides - Sepatutnya kami diberi peluang utk menaiki belon panas... tapi dgn keadaan cuaca yg kurang sesuai tambahan angin yg kencang, terpaksa dibatalkan... dan di gantikan kepada go-kart dan movie 3D & 4D. we're really enjoy it...





Selepas menonton movie kami smua dihantar pulang ke hotel berkemas untuk pulang semula ke Seoul esok paginya........ maap la ye, klu ada yg x phm...sbb tuan rumah x pandai nak menggarang...


*** Di N3 Aku, Dia & Sonata tidak akan ada kisah makan @ makanan kerana saya x turun dari bas untuk makan.Saya hanya duduk didlm bas dan makan bekalan yg saya bawa...



To be Continue...




08 March 2011

Hobi En. Hubby...

Dulu-dulu saya memang x minat hobi en. hubby nie... tapi cuba la juga untuk menyukainye... kata satu hatikan... akhirnya saya juga terjerumus dalam kancah kehobiannya... saya pulak yg terlebih exited, siap kirim kat kawan- kawan klu pegi mana2... smua kawan2 pon dah tau, saya adalah collecter yg tegar...bayar pon bayar la, janji saya dapat yg siap ade tulis nama negara @ negeri... tapi slalunya dorang kasi free je, x penah bayar pon... tima kasih ya korang2... meh tgk ape hobi en. hubby nie...

ini lah dia hobi en. hubby... mengumpul keychain

close-up sikit...
sebelah kanan smua keychain in-c (dlm malaysia la tu)
sebelah kiri pulak dari over-c

sekarang nie dah bertambah lagi satu hobi pulak... fridge magnet...

Sekarang nie hobi en. hubby dah bertambah dengan mengumpul fridge magnet pulak... magnet pon sikit la lagi... kalau board untuk keychain dah penuh , bole la beli di Ikeakan... tapi... klu fridge dah penuh dgn FM boleh beli satu lagi fridge "BESAR PUNYA' tak???...




07 March 2011

Aku, Dia & Sonata (Part 1)


Jom layan gambar dulu... dimanakah saya???...

ala-ala winter sonata la konon nyer...

x dpt jumpa pelakon life... gambo pon jadi la...

Nami Island wif luv

Ya... betulllll...Alhamdulillah sedar x sedar saya merasa juga menjejakkan kaki ke Korea yg lebih dikenali sebagai negara Winter Sonata... saya sendiri tidak pernah menduga untuk sampai kesana, lebih2 lagi memerlukan kos yg tinggi... percaya atau tidak itulah hakikatnya... ku telah menjejakinye pada 7 Februari 2011 sehingga 14 Februari 2011 selama 8 hari.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan dan sepanjang berada disana dipermudahkan semuanya oleh NYA. Saya kesana ditemani oleh en. hubby, director serta 3 orang staf company . Payahnya untuk mengata Ya pada mulanya untuk business trip kesana, lebih2 lagi tanpa ditemani suami dan anak...  selepas berfikir dan mendengar pendapat orang lain, akhir saya bersemuka juga dgn bos meminta utk mengizinkan saya membawa en. hubby kesana... setelah berbincang, berdoa dan bertawakal akhirnya 2 minggu sebelum terbang mr. bos  memberi keizinan membawa en. hubby dgn perbelanjaan di tanggung... Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana permudahkan segala2 nya.

Jom layan gambar lagi...


Gamba tepi jalan je... x tau kat mane

at mt. soraksan National Park

Daepohaeng Fish Market

Kami ke sana dgn penerbangan Korean Air dan menggambil masa 6 jam 45 minit untuk sampai ke Incheon Airport. kami sampai ke sana 7.00 pagi waktu seoul dimana awal 1 jam drpd Malaysia. Nanti saya akan berkongsi mcm mane kami menempuh kesujukan sehingga ke (negetif) -16 celcius & menempuh salji yg lebat... (klu Rajin)

Terima kasih x terhingga kepada yatiechomeyl kerana sudi berkongsi maklumat ketika berada di nagara orang... bukan senang nak ke nagara orang tanpa pengalaman. Mana nak fikir makanan dari segi halal haramnya, cara bersolat di nagara yg tentu tidak ada surau,   mangatasi kesejukan & macam2 lagi...

p/s : N3 ini bkn untuk menunjuk2... ia sekadar berkongsi pengalaman serta rujukan kami pada masa hadapan. N3 ini juga terjadi atas desakan en. hubby...