09 March 2011

Aku, Dia & Sonata (Part 2)

Setibanya di Incheon Airport lebih kurang jam 7.00 pagi waktu Seoul. Turun sahaja dr flight dah terasa kesejukan yg x terhingga, terus tour guide mengarahkan kami menukar baju sebelum keluar ke imigresen... di sana kami diarahkan untuk memakai 4 lapis baju iaitu... long john, sweater, wool sweater & down jacket... bayangkan la sebelum nie pakai sehelai baju, tetiba kena pakai 4 lapis... berat ooooooo...

Selepas membuat pemeriksaan Imigresen, kami terus keluar utk bertemu dgn tour guide dr Seoul pula... exited jgn ckp la kan, bila bercakap asap keluar dr mulut...hahaha, mcm jakun pon ada... semasa kami sampai disana, suhu mencecah -5 celcius. Selepas settle smuanya kami dibawa tempat yg utama dimana tujuan kami kesana...

Dari pagi sehingga ke ptg tdk ada apa yg menarik hendak diceritakan sehingga la ptg itu kami diterbangkan ke Jeju Island melalui Gimpo Airport. Dari Gimpo Airport menggambil masa 1 jam utk sampai ke Jeju Island. Semasa dlm penerbangan perasaan cemas menyelumbungi diri kerana.......... mungkin keadaan sejuk yg berkabus waktu itu, menyukarkan pilot melihat landasan untuk mendarat. Masa itu hanya Allah yg tau betapa risaunya hati... manakan tidak kapal tersebut berulang kali turun ...tetapi naik semula... turun ...naik semula...sehingga beberapa kali...tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya juga untuk mendarat. Sesampai sahaja disana kami terus dihantar ke Sam Hae In Hotel untuk berehat dan mambuat persediaan untuk keesokkan harinya. Sampai sahaja ke hotel,barang pertama yg saya akan cari adalah line internet... namun hampa kerana tdk ada line mahu pon wifi.........nagis......... kesian anak2 saya tgh menuggu saya membuat video call... akhirnya tidur dgn hati yg kecewa....huhuhu


Pic gedik dihadapan Hotel Sam Hae In
Keesokkan harinya, seawal 7.30 pagi kami sudah diarahkan untuk berkumpul di lobi hotel utk menyambung semula tujuan utama kami kesana. Tidak sabar rasanya utk menunggu esok harinya, kerana esok dan hari2 seterusnya kami akan di bawa berjalan menjelajahi Korea. Hari ke2 masih dibawah suhu -5 celcius.
------------------------------------

 
Yeeeehaaaaa...hari yg ditunggu2 telah tiba untuk jaaaalannnnn-jalan. Untuk memendekkan cerita, jom layan kemana kami dibawa dan apa yg ada disana. Suhu pada hari ini mencecah paras separa beku -7 celcius...

Yongduam RockSalah satu gunung berapi batu yang tercipta dari letusan sekitar dua juta tahun yang lalu, ia kelihatan seperti naga menderu dari laut naik ke langit. Disini lagi mmg2 kami x tahan dgn kesejukannya tambahan pula ditepi laut. Rata2 yg turun hanya semata2 utk menggambil gambar lebih kurang dlm 10 minit then trus lari naik keatas... x tahan dgn kesejukannya.

Keindahan membelakangkan laut...

Mafla sentiasa menutupi hidung... kerana terasa kebekuan disekitar hidung & pipi

Pemandagan sebenar Youngduam Rock dari atas

Seongsan Ilchulbong Sunrise Peak - Salah satu dari 360 gunung berapi parasit, kawah terbesar di dunia di pantai laut, di mana kita boleh melihat keindahan alam sekitarnya. Disini terdiri beberapa tingkat, tapi saya hanya sampai ke tingkat satu sahaja kerana kesejukan masih lagi -7 dimana kaki dah tangan mula rasa terasa sejuk kebas...hidung sudah mula tersumbat plus badan menggigil menahan kesejukan sehingga tidak mampu utk tersenyum lagi...





sekali lagi bergamba npk mata sahaja...

Seongeup Folk Village - Perkampungan serta rumah tradisi org2 korea yg masih tinggal di pulau itu dan masih mengekalkan rumah lama berdinding batu dan beratap jerami. Haaa... yg kat sini x ade gambar sebab saya x turun, masa nie angin kuat sgt...mmg badan saya x bole tahan...alih2 saya & en. hubby naik bas semula dan .................... tido, sementara menunggu yg lain...hihihi... bermula di sini perot dah mula memulas......dan bermula la era cirit birit.......


Oedolgae - Sebuah 'outcropping'  yg dibentuk dari  letusan gunung berapi 1.5 juta tahun yang lalu.


dah  x mampu nak senyum dok menahan sakit perut.


Cheonjiyeon Waterfall - Dimana air terjun mengalir ke laut melalui kolam-kolam kecil

Air terjun

Kolam-kolam kecil



Hot Air Ballon Rides - Sepatutnya kami diberi peluang utk menaiki belon panas... tapi dgn keadaan cuaca yg kurang sesuai tambahan angin yg kencang, terpaksa dibatalkan... dan di gantikan kepada go-kart dan movie 3D & 4D. we're really enjoy it...





Selepas menonton movie kami smua dihantar pulang ke hotel berkemas untuk pulang semula ke Seoul esok paginya........ maap la ye, klu ada yg x phm...sbb tuan rumah x pandai nak menggarang...


*** Di N3 Aku, Dia & Sonata tidak akan ada kisah makan @ makanan kerana saya x turun dari bas untuk makan.Saya hanya duduk didlm bas dan makan bekalan yg saya bawa...



To be Continue...




1 comment:

  1. Syabas...mantapkan lg garapan agar kisah jd lagi gegar

    ReplyDelete