13 January 2012

Carrot, Telur & Biji Kopi

Motivasi Pagi IKIM.FM

Motivasi pagi nie jam 7.30 pagi dan ulangannya pon 7.30 malam rasanya. Memotivasikan diri kita sebelum memulakan kerja. Tajuk hari nie pula memang menarik utk ibubapa... pesanan ustaz kepada ibubapa...

'Pesan kepada anak-anak... Apabila melangkah keluar banyak rintangan dan dugaan yg perlu kita tempuhi'... Terpulang bagaimana cara kita hendak menghadapinya...

Seperti carrot, telur & biji kopi. Carrot jika direbus dgn air panas akan menjadi lembut. Telur pula jika direbus isinya akan menjadi keras... sebolehnya jadilah seperti biji kopi yg tidak berubah keadaan strukturnya tetapi sebaliknya menggubah keadaan dgn menggeluarkan bau yg wangi dan rasanya yg lazat. Mendalam sungguh maksud tersebut.

Suka sesangat dengar radio IKIM... bermula jam 6.30 pagi dari tafsir Al-Quran, Motivasi Pagi, Bicara Muamalat, Islam Itu Indah dan macam2 lagi. Yang paling best setiap pagi hati kita tenang dgn mengikut alunan zikir-zikir dan doa dari radio. Salah satu doa yg selalu saya dan anak- anak nyanyikan di dalam kereta adalah Doa Rabitah... jom sama-sama kita hayati...

06 January 2012

Perlukah???...

Perlu

x perlu

perlu

x perlu

perlu

x perlu

jawapanya....


X PERLU

X PERLU LA MENJAWAB ATAU MENARANGKAN ... 

SEMUANYE X PERLU...

kerana

kita TIDAK tahu apa yg didalam hati mereka... adakah kita ini ikhlas bersuara atau sekadar bermuka-muka, menunjuk2 baik atau sebaliknya... hanya diri sendiri yg mampu menjawab... Oleh itu janganlah kita membuat kesimpulan sendiri...adalah lebih elok kita berhusnuzon. BERSANGKA BAIK adalah yg terbaik. Setiap orang mempunyai cara yg berbeza untuk mangatasi setiap masalah... ade yg berdiam diri dan memekakkan telingga, ade yg marah memekik2 bermacam ragam dan cara. 

Jika ingin tahu keadaan yg sebenar... silalah bertanya... sekarang zaman serba canggih, macam2 ade Iphone, telefon, blackberry, blueberry, strawberry semua ada... apalah salahnya call bertanya apa dan mengapa sebabnya... x perlulah rasanya kita berteka teki... dan akhirnya membuat andaian yg salah... seperti kata pepatah malu bertanya sesat barat... dan kita yg berada disekeliling pula janganlah menjadi keladak yg boleh menggeruhkan lagi keadaan... andai kata ada tali yg tersimpul, cubalah untuk meleraikannya.... andai kata ada air yg berkeladak, jadilah penapis supaya air manjadi jernih semula... 

Kita semua hanyalah manusia yg tidak boleh lari dari melakukan kesilapan... jangan takut untuk mengakui kesalahan sendiri, tidak rugi jika kita merendahkan diri... mengalah TIDAK bermakna KALAH... sama-samalah kita koreksi dan memperbaiki diri... 


Tak berani rasanye nak mengulas banyak2... kadang2 apa yg kita tulis bukanlah mencerminkan diri kita sebenar... yang tanpa kita sedari sebenarnya hanya pandai menulis dan memberi pendapat tetapi payah untuk dipraktikkan... oleh itu diam adalah cara terbaik...

Sebelum menekan button 'x' di atas tuh marilah kita layan nasyid  dari kumpulan Snada nie dulu dan semoga kita mendapat kejernihan hati yg dicari...





Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih 
pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan di kejar musuh
Dengan Alloh kian jauh

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian suci 
tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati 
dirimu disegani

Namun bila hati busuk
Pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk 
Jadi makhluk terkutuk

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan dagang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Terasa terus menghimpit
Lahir batin terasa sakit

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi