15 March 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah semuanya kembali seperti sedia kala selepas Emergency leave semalam... manakan tdk, apabila hati seorang ibu diuji dgn kesihatan anak-anak.

Sabtu (12/3/11)
Anak kedua saya faiq batuk x berhenti... mcm semput pon ade, saya mengajak en. hubby ke klinik di Alam Budiman. Disana doc memberitahu faiq mungkin kena serangan asthma. Doc bagi nebulizers utk meredakannya. Alhamdulillah keesokkan harinya batuknya berkurangan dan pernafasannya seperti sedia kala.

Ahad (13/3/11)
Anak bongsu saya raif pula perutnya turun naik dgn laju dan merengek2. Pukul 3 ptg saya mengajak en. hubby ke klinik utk pemeriksaan doc. Doc memberi jawapan yg sama, mungkin serangan asthma. Selepas di beri neb dan ubat kami pulang ke rumah. Petangnya sekali lagi perutnya turun naik dgn laju, dan kelihatan hidungnya sedikit tersumbat, terus saya menelefon doc & doc menyuruh kami membawanya ke klinik utk diperiksa. Selepas solat maghrib sekali lagi saya mengajak en. hubby ke klinik dan sekali lagi diberi neb. Pulang ke rumah saya tidurkannya. Malam tuh saya tidur tdk lena, sekejap2 bangun melihat keadaannya... pukul 5 pagi tgk keadaannya kembali seperti semalam... terus saya mengajak en. hubby bersiap2 utk ke hospital... Selepas solat subuh kami terus ke hospital.

Isnin (14/3/11)
Sampai saje di hospital, kelihatan raif sudah tenang dan normal semula. Doc menyarankan kami utk mengambil darah serta membuat ujian x-ray paru-paru. Dari penjelasan doc asthma, kuman diparu2, tonsil, demam yg tinggi akan menyebabkan kanak2 susah utk bernafas... utk memastikan yg mana satu, kami perlu membuat pemeriksaan lebih lanjut. Mendengar doc utk membuat x-ray keatas budak sekecilnya, berbagai persoalan dan perasaan mercampur baur didlm hati. x bahyakah?... bolehkah?... terus saya bertanyakan kepada sepupu saya yg juga seorang doc di hospital tersebut... mendegar penjelasannya yg positif saya bersetuju utk membuat x-ray... setalah keputusan darah & x-ray keluar kami dipanggil semula... Alhamdulillah pemeriksaan darah & x-ray normal dan mengikut keterangan doc mungkin ini adalah permulaan utk serangan asthma kerana sejarah keluarga emak, kakak & adik saya mempunyai asthma. Doc juga membekalkan inhaler utk digunakan selama seminggu sehingga appoiment minggu hadapan. 

Selasa (15/3/11)
Alhamdulillah kedua2 anak sudah pulih seperti sediakala. Bibie saya tdk hantar kesekolah sehingga next week... bibie saya tinggalkan di rumah babysitter...

pesanan utk anak-anak mama :

1) tolong jgn minum ice.
2) tolang jgn main kotor.
3) tlg basuh tgn sebelum mkn.
4) tlg jaga kebersihan.
5) tlg jgn mengutip makanan yg jatuh.
6) tlg jgn isap botol susu kosong
7) tlg jgn halakan aircond & kipas ke hidung

itu semua punca serangan asthma... tahukah macam mana perasaan mama jika salah seorang anak mama x sihat. Tlg jaga diri sendiri utk mama... mama luv you all...

YA ALLAH peliharalah dan lindungi keluarga kami dari perkara2 yg tidak diingini dan gantikannya dgn perkara yg lebih baik...Amin...


* hari nie saya pening dan rasa mengantuk yg amat sgt di opis... rasa2 bos masuk x... klu bos x masuk jap agi nak tido kejap...bole x?...hihihi

No comments:

Post a Comment