Hadith :
Dari Abdullah bin Amru bin ‘Ash r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya.”
(Muslim)
Huraian
Rasulullah s.a.w telah menasihatkan kita agar melihat kepada orang yang di bawah. Jangan melihat kepada orang yang di atas (lebih bernasib baik) kerana yang demikian itu akan membuatkan kita menjadi tidak bersyukur. Namun itulah masalahnya yang berlaku pada setiap daripada kita. Sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Tetapi ini bukan pula bererti bahawa kita tidak boleh mengejar yang lebih baik. Rezeki itu hak dan kepunyaan Allah. Maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada keizinan daripada-Nya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

suka dengan hadith ni ...
ReplyDeletememang gitu la kan zara...
kita ni tak lari daripada perasaan nak banding2kan, nak tengok orang yang lebih dari kita...huhuhuhu
bila tengok orang lain yang lebih susah hidupnya/ serba kekurangan.. insaffff ... bersyukur dengan rezeki masing2 :)
sz : hadith2 nie bile baca sejuk je hati...
ReplyDeletetu la kak kdg2 kite terlupa dan lalai...